SUKAN

Rahadiazli Berkemungkinan Tidak Bersama Tfc Musim Ini

19/02/2024 01:07 PM

KUALA NERUS, 19 Feb (Bernama) -- Penjaga gol Terengganu FC (TFC) Rahadiazli Rahalim berkemungkinan besar tidak akan bersama skuad Penyu mengharungi cabaran Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Ia selepas ketua jurulatih TFC, Tomislav Steinbruckner menyuarakan hasrat untuk melepaskan Rahadiazli secara pinjaman ke pasukan lain.

Menurut Steinbruckner pemain berusia 23 tahun itu perlu berhijrah ke pasukan lain bagi mengelak daripada terus sekadar menjadi penjaga gol kedua dan memanaskan bangku simpanan susulan prestasi yang kurang memberangsangkan musim lepas.

"Saya telah berbincang dengan pengarah sukan dan ketua pegawai eksekutif musim lepas kita (Mohd Sabri Abas) mengenai Rahadi (Rahadiazli).

"Saya mahu beri dia (Rahadiazli) jalan penyelesaian. Dia perlu keluar untuk menjadi penjaga gol nombor satu. Dia perlu bermain dalam setiap perlawanan...bukan beberapa perlawanan sahaja seperti musim lepas," katanya ketika dihubungi hari ini.    

Dalam pada itu Steinbruckner berkata skuad Penyu musim ini hampir lengkap dengan kemasukan lima pemain baharu musim ini.

Pemain tersebut termasuk dua tonggak import iaitu Ismaheel Akinade dari Nigeria dan Matthew Steenvoorden yang berasal dari Belanda. 

"Kita juga mempunyai Safawi Rasid, Akhyar Rashid dan Akram Mahinan. Dia (Akram) tidak bermain dalam semua perlawanan musim lepas tetapi dia seorang pemain yang baik. 

"Kita juga sedang menunggu dua pemain. Seorang pemain Croatia dan seorang lagi dari ASEAN bagi pemain tengah menyerang," katanya yang turut membawa naik tiga pemain dari skuad Terengganu FC ll (TFC ll) ke TFC musim ini.

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan