JENAYAH & MAHKAMAH

Kanak-kanak Lelaki Empat Tahun Maut Dihempap Pokok Di Pusat Rekreasi

20/02/2024 11:57 PM

JEMPOL, 20 Feb (Bernama) -- Keseronokan dua beradik mandi di sebuah pusat rekreasi di Batu Kikir bertukar tragedi apabila kanak-kanak lelaki berumur empat tahun maut dihempap sebatang pokok pada kejadian kira-kira 1.17 tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Jempol Supt Hoo Chang Hook berkata kanak-kanak lelaki itu meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala dan dada manakala kakak mangsa berusia sembilan tahun masih dirawat di Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah.

Beliau berkata siasatan awal mendapati bapa kanak-kanak itu memaklumkan dia telah membawa dua anaknya mandi di kawasan tersebut kira-kira 1 tengah hari tadi.

“Ketika itu anaknya sedang mandi di kolam kanak-kanak kemudian bergerak ke arah bapanya yang berada di kawasan jeram.

“Semasa sedang berjalan ke arah bapanya, tiba-tiba sebatang pokok tumbang dan menghempap mangsa. Kedua-dua mangsa dihempap tetapi pada jarak berbeza,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

-- BERNAMA

 

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan