AM

Enam Pendaki Sesat Di Gunung Angsi Selamat Ditemui, Seorang Cedera - Bomba

21/02/2024 08:40 AM

SEREMBAN, 21 Feb (Bernama) -- Enam pendaki yang sesat di Gunung Angsi, Kuala Pilah malam tadi ditemukan selamat pada pukul 2.34  pagi ini oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Seri Menanti Yusry Abdullah Sani berkata operasi Khas Storm menemukan keenam-enam mereka dalam keadaan selamat, namun seorang wanita mengalami kecederaan di bahagian lutut.

“Mereka telah diberi rawatan awal oleh Pasukan Khas EMRS dan kesemua mereka dibenarkan pulang oleh pihak polis dengan menaiki kenderaan sendiri,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata agensi terlibat dalam operasi mencari mangsa ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pejabat Renjer Hutan, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Anggota Sukarelawan Malaysia (RELA).

Bernama semalam melaporkan bomba menerima aduan kira-kira pukul 7.31 malam berkenaan empat wanita dan dua lelaki dikhuatiri sesat ketika mendaki gunung berkenaan.

Kesemua mereka yang berusia lingkungan 28 hingga 42 tahun dipercayai dari Selangor, didapati telah mendaftar terlebih dahulu di pondok pejabat hutan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan