EKONOMI

Duta Eu Hargai Usaha Berterusan Malaysia Dalam Kelestarian

22/02/2024 12:59 PM

KUALA LUMPUR, 22 Feb (Bernama) -- Duta Besar dan Ketua Delegasi Kesatuan Eropah (EU) ke Malaysia Michalis Rokas menghargai usaha berterusan Malaysia dalam kelestarian dan tiada aktiviti penebangan hutan. 

Dalam catatan di laman X, Rokas berkata beliau gembira dapat bertemu dengan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani sekali lagi untuk meneruskan perbincangan mereka mengenai pematuhan Peraturan Produk Bebas Penebangan Hutan EU (EUDR). 

“EU komited untuk bekerjasama dengan Kementerian Perladangan dan Komoditi untuk penyertaan pekebun kecil dalam rantaian bekalan,” katanya. 

Sementara itu, Johari dalam catatan di platform X berkata beliau telah bertemu dengan Rokas, yang terlibat secara langsung dari segi pemantauan EUDR. 

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan