POLITIK

Saranan Hidupkan Semula Kerjasama Umno-pas Melalui Mn Tidak Ikhlas - Ahmad Zahid

25/02/2024 07:57 PM

CYBERJAYA, 25 Feb (Bernama) -- Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan saranan PAS supaya kerjasama antara kedua-dua parti melalui Muafakat Nasional (MN) dihidupkan semula sebagai tidak ikhlas. 

“Kami tidak fikir mereka ikhlas dalam buat tawaran itu kerana yang keluar dari MN bukan UMNO tetapi mereka. Mereka menikam kami dari belakang, mereka lakukan kerenah melebihi daripada apa yang kita setujukan.

“Saya tidak rasa mereka ikhlas dalam buat tawaran itu,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Penggerak Wanita RISDA (PEWARIS) di sini hari ini. 

Sebelum ini, Mursyidul Am PAS Datuk Hashim Jasin berkata beliau yakin kerjasama antara parti itu dan UMNO masih boleh dihidupkan kembali melalui MN.

Untuk rekod, MN adalah kerjasama yang dibentuk pada 14 Sept 2019 susulan Himpunan Penyatuan Ummah.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan