BETHLEHEM (Palestin), 25 Feb (Bernama-WAFA) -- Tentera Israel pada Ahad menutup pusat pemeriksaan yang merupakan satu-satunya jalan menghubungkan selatan wilayah Tebing Barat dengan kawasan tengah dan utara wilayah terbabit.
Sumber keselamatan Palestin memberitahu Agensi Berita WAFA bahawa tentera rejim menutup sepenuhnya pusat pemeriksaan itu hingga menyebabkan kesesakan lalu lintas dan kelewatan yang tidak dijangka.
Penutupan terbaharu itu berlaku di tengah-tengah peningkatan sekatan Israel terhadap kebebasan rakyat Palestin di Tebing Barat yang diduduki, sejak tercetusnya pencerobohan rejim Zionis di Semenanjung Gaza pada 7 Okt 2023.
-- BERNAMA-WAFA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial