EKONOMI

Sc, Usm Anjur Program Hackathon Usaha Perluas Saluran Bakat Fintech Islam

27/02/2024 06:38 PM

KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), dengan kerjasama Persatuan Pelajar Sains Komputer Universiti Sains Malaysia (USM), akan menganjurkan Varsity Hackathon (VHACK) dari 27 Feb hingga 20 April 2024.

Program itu dianjurkan oleh inisiatif FIKRA Excel SC yang bermatlamat untuk memupuk pembangunan bakat dan inovasi dalam pasaran modal Islam dan fintech Islam, kata pengawal selia pasaran modal itu.

Ia terbuka untuk permohonan global dengan menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM37,500, kata SC dalam satu kenyataan hari ini.

"VHACK bertujuan mengembangkan saluran bakat teknologi kewangan (fintech), merangsang kreativiti dan pemikiran kritis pelajar, serta membangunkan kemahiran digital dalam kalangan pelajar dan golongan profesional muda, khususnya dalam bidang fintech Islam," katanya.

Mahasiswa tempatan dan antarabangsa, terutamanya golongan muda yang meminati bidang fintech, digalakkan mendaftar mulai hari ini hingga 17 Mac 2024 di https://vhackusm.com/register.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan