EKONOMI

Majestic Gen Akan Lancar 15 Projek Bernilai Rm3.3 Bilion Menjelang 2025 

27/02/2024 06:54 PM

KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Pemaju projek Majestic Gen Sdn Bhd, yang sebelum ini dikenali sebagai Majestic Group, akan melancarkan 15 projek dengan gabungan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM3.3 bilion menjelang 2025.

Ketua pegawai eksekutifnya Datuk Hoo Kim See berkata pelancaran itu terdiri daripada enam projek pada 2024 dan sembilan lagi yang dijadualkan bagi 2025.

"Pelancaran akan datang kami yang terletak di kawasan strategik bagi memenuhi permintaan pasaran merangkumi hartanah kediaman, komersial dan pembangunan perindustrian di kawasan utama seperti Lembah Klang, Selangor, Perak, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Johor," katanya dalam ucapan beliau semasa majlis pelancaran Majestic Gen, di sini, hari ini.

Ho berkata syarikat itu komited untuk memacu kelestarian dengan menerapkan penyelesaian cekap tenaga seperti panel solar dan kemudahan pengecasan kenderaan elektrik di samping bahan binaan yang kukuh dan teknologi canggih seperti pengenalan wajah dan ciri-ciri rumah pintar.

“Pendekatan perancangan komprehensif kami, merangkumi strategi reka bentuk pasif dalam semua projek, bertujuan untuk mencapai pensijilan hartanah hijau (GreenRe) untuk projek kediaman bertingkat tinggi," katanya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan