BERITA TERGEMPAR   Paris route represents Malaysia Airlines’ 68th destination and will be served by A350-900 aircraft - Capt Izham | 
 AM

Kesuma Anjur Pertandingan Cabaran Tiktok Sempena Hari Pekerja

08/04/2024 05:10 PM

PUTRAJAYA, 8 April (Bernama) -- Bersempena sambutan Hari Pekerja tahun ini, Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) menganjurkan Pertandingan Cabaran TikTok: Puisi Hari Pekerja KESUMA 2024 bermula hari ini sehingga 21 April depan.

Dalam kenyataan hari ini, KESUMA memaklumkan pertandingan yang berkonsepkan individu itu terbuka kepada rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas dengan durasi kandungan video antara dua hingga tiga minit sahaja selain dihasilkan dalam Bahasa Melayu sepenuhnya.  

“Melalui pertandingan seumpama ini, kepekaan perasaan pekerja dapat dicitrakan secara langsung melalui puisi dan memberi impak besar kepada pemantapan bahasa Melayu dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum,” demikian menurut KESUMA.

Kandungan video berkenaan mestilah bersesuaian dengan sambutan Hari Pekerja, manakala peserta boleh menyampaikan karya puisi yang diambil daripada mana-mana puisi penulis Malaysia termasuklah Sasterawan Negara atau nukilan sendiri.

Peserta yang berminat wajib melengkapkan maklumat peribadi dan maklumat pautan/ link/url TikTok peribadi dalam borang penyertaan yang boleh dicapai menerusi pautan https://forms.gle/NNtfw8JVMiy59gvc8 dan maklumat berkaitan berhubung syarat penyertaan dan panduan pemarkahan boleh diperolehi menerusi www.mohr.gov.my 

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan