BERITA TERGEMPAR   Paris route represents Malaysia Airlines’ 68th destination and will be served by A350-900 aircraft - Capt Izham | 
 DUNIA

Perbincangan Mengenai Tabung Kewangan Asia Sedang Berlangsung - PM Anwar

06/09/2024 01:25 PM

VLADIVOSTOK (Rusia), 6 Sept (Bernama-Sputnik) -- Rundingan mengenai penubuhan Tabung Kewangan Asia sedang berlangsung dan tabung itu tidak boleh dianggap sebagai alternatif, tetapi sebagai pelengkap kepada institusi kewangan antarabangsa sedia ada.

Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian dalam satu temu bual bersama agensi berita Rusia RIA Novosti dan stesen televisyen negara itu RT.

Perdana Menteri berkata bahawa beliau mencadangkan penubuhan tabung itu kerana percaya bahawa perlu ada mekanisme alternatif untuk melengkapi dan kadangkala menangani tekanan, sambil menambah bahawa tidak ada keperluan untuk persaingan, lapor Sputnik.

“Kami membincangkan perkara ini secara serius dalam kalangan ASEAN dan dengan China untuk mewujudkan tabung itu, dan saya turut membangkitkan perkara ini dengan Perdana Menteri Jepun (Fumio Kishida). Jadi, rundingan sedang berlangsung,” kata Anwar di luar sidang Forum Ekonomi Timur (EEF).

Forum Ekonomi Timur bermula pada Selasa dan akan berakhir hari ini (Jumaat).

-- BERNAMA-SPUTNIK


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan