BERITA TERGEMPAR   The future of ASEAN must include Timor-Leste, whose inclusion will expand the region's economy and contribute to fulfilling our grand vision - PM Anwar | Laos secara rasmi serah kepengerusian ASEAN kepada Malaysia | 
 AM

Perak Kaji Semula Sop Keselamatan Tempat Pelancongan Batu Kapur

09/04/2024 05:28 PM

IPOH, 9 April (Bernama) -- Kerajaan Negeri Perak akan mengkaji semula prosedur operasi standard (SOP) keselamatan bagi kawasan pelancongan berasaskan batu kapur di negeri itu, menurut Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Perak Loh Sze Yee.

Beliau berkata kerajaan negeri sudah menubuhkan satu jawatankuasa sebelum ini bagi menjalankan kajian berhubung SOP keselamatan di kawasan batu kapur namun tumpuan lebih kepada tempat beribadat dan penyembahan.

"Kalau lihat di Perak atau Ipoh sendiri, kawasan kaki bukit dibangunkan tempat pelancongan, kafe dan sebagainya. Jadi kita melihat perlu ada satu polisi untuk memastikan keselamatan pengusaha dan pengunjung bagi menjaga keselamatan semua orang," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau Perkampungan Riadah dan Budaya Qing Xin Ling di sini hari ini.

Semalam, seorang pelancong warga tempatan berusia 44 tahun maut akibat ditimpa bongkah batu di kawasan perkampungan itu dalam kejadian yang berlaku sekitar 11.30 pagi.

Ketika kejadian mangsa yang berasal dari Pulau Pangkor dilaporkan sedang membawa rakannya warga Vietnam ke tempat pelancongan tersebut.

Terdahulu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simpang Pulai Wong Chai Yi berkata kawasan pelancongan berkenaan ditutup sementara sehingga laporan penuh berhubung insiden itu disiapkan bagi memastikan kejadian sama tidak berulang.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan