JENAYAH & MAHKAMAH

Op Khas Hra 2024: Jpj Pulau Pinang Keluar 249 Saman

18/04/2024 12:38 AM

GEORGE TOWN, 17 April (Bernama) -- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang mengeluarkan sejumlah 249 saman dalam Op Khas Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2024 di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu di sini semalam.

JPJ Pulau Pinang memaklumkan operasi bersepadu bersama Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya serta Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri itu bermula dari 2 petang hingga 6 petang.

"Antara kesalahan yang dikesan ialah tiada lesen memandu, Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh, tiada perlindungan insurans, tidak pakai tali pinggang keledar serta ubah suai kenderaan tanpa kebenaran," demikian menurut JPJ dalam hantaran di laman Facebook hari ini.

Operasi penguatkuasaan itu dijalankan bagi mengambil tindakan terhadap pengguna jalan raya yang tidak mematuhi Akta Pengangkutan Jalan 1987, Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Pembinaan dan Penggunaan) 1959 dan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 sempena Op Khas HRA 2024.

JPJ Pulau Pinang turut mengeluarkan 175 notis saman kepada pengguna jalan raya yang gagal mematuhi peraturan berhenti ketika lampu isyarat merah, iaitu kesalahan utama tertinggi dikesan sepanjang Op Khas HRA sejak 1 April hingga hari ini.

-- BERNAMA

 

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan