JENAYAH & MAHKAMAH

Apm Selamatkan Kanak-kanak Terperangkap Dalam Kereta Di Bukit Bintang

23/04/2024 12:25 AM

KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Lumpur menyelamatkan seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang terperangkap di dalam kereta di Jalan Bukit Bintang di sini malam ini.

Pegawai Operasi APM Kuala Lumpur Lt Shahrul Kamar Mohd Johari berkata dalam kejadian pukul 8.30 malam itu, bapa kepada kanak-kanak berkenaan baru selesai menukar lampin pakai buang anaknya itu sebelum menutup pintu kereta.

Beliau berkata lelaki warga Korea Selatan yang tidak menyedari kunci kereta berkenaan berada di tangan anaknya kemudian mengunci pintu menyebabkan anaknya terperangkap di dalam kereta susulan isteri dan anak sulungnya berada di luar kenderaan itu.

"Pasukan APM yang menerima panggilan kecemasan kemudian digerakkan ke lokasi dan berjaya membuka pintu kereta berkenaan pada 8.55 malam," katanya ketika dihubungi.

Shahrul Kamar berkata APM mengambil masa 10 minit untuk membuka pintu kereta berkenaan dan pemeriksaan kesihatan mendapati kanak-kanak itu dalam keadaan sihat.

-- BERNAMA

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan