AM

TARIKH AKHIR PENGEMUKAAN BORANG E DAN CP8D DILANJUTKAN HINGGA 31 MEI

26/04/2024 06:52 PM

PUTRAJAYA, 26 April (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) hari ini memaklumkan tarikh akhir pengemukaan Borang E dan CP8D dilanjutkan hingga 31 Mei ini.

LHDN dalam kenyataan menyebut lanjutan itu bagi memberi masa mencukupi kepada individu yang diberi kuasa untuk memohon peranan sebagai pengarah atau majikan sebelum mengemukakan borang berkenaan.

Menurut LHDN panduan berkaitan permohonan peranan itu boleh dirujuk menerusi portal MyTax manakala slaid panduan boleh diakses di https://www.hasil.gov.my.

LHDN turut memaklumkan tambahan masa 15 hari bagi pengemukaan e-Borang untuk individu, perkongsian, pertubuhan dan harta pusaka sementara syarikat, koperasi, perkongsian liabiliti terhad dan badan amanah (sebulan) dan petroleum (sebulan).

“Pembayar cukai adalah disarankan untuk melapor pendapatan dengan mengemukakan e-Borang dan membuat pembayaran (sekiranya ada) dalam tempoh yang ditetapkan bagi mengelak sebarang penalti dan kenaikan cukai,” menurut kenyataan itu. 

Kenyataan itu menyebut pembayar cukai juga perlu mengisi maklumat diri dan perbankan yang tepat serta terkini bagi membantu kelancaran proses bayaran balik cukai, sekiranya ada.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan