JENAYAH & MAHKAMAH

KELANTAN : 70 PERATUS KEMALANGAN MAUT BABIT PENUNGGANG, PEMBONCENG MOTOSIKAL

28/04/2024 11:57 AM

GUA MUSANG, 28 April (Bernama) -- Sebanyak 70 peratus kes kemalangan maut yang dicatatkan berlaku yang berlaku dari 1 hingga 26 April di Kelantan, membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun.

Beliau berkata peratusan itu diperoleh daripada 40 kes kemalangan maut yang berlaku di negeri ini, sepanjang tempoh tersebut.

“Saya melihat motosikal penyumbang terbesar apabila daripada 29 kes, 31 orang penunggang motosikal telah meninggal dunia.

“Kita telah mengadakan operasi setiap masa seperti Op Samseng untuk melihat kelakuan mereka di jalan raya yang boleh menyebabkan kemalangan. Kita mendapati ada penunggang motosikal buat aksi wheelie yang boleh membahayakan nyawa diri sendiri dan orang lain,” katanya selepas Majlis Sambutan Hari Raya di Dewan Tanjung, Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang, malam tadi.

Muhamad Zaki berkata beberapa kawasan telah dikenal pasti dan polis telah membuat pemantauan terhadap aktiviti berbahaya yang dilakukan penunggang motosikal secara berkumpulan di negeri ini. 

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan