AM

35 USAHAWAN PMKS DI TAWAU TERIMA BANTUAN SME-UP

29/04/2024 02:35 PM

TAWAU, 29 April (Bernama) -- Sebanyak 35 usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di daerah ini menerima bantuan peralatan dengan nilai maksimum RM20,000 setiap seorang menerusi Bantuan SME-Up.

Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy berkata Bantuan SME-Up dengan peruntukan keseluruhan RM15 juta itu bagi membantu usahawan negeri ini dalam sektor pembuatan produk tempatan antaranya bantuan mesin, peralatan, pendigitalan, pembungkusan dan permohonan sijil Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI) serta halal.

"Pada kali ini, penerima bantuan antaranya dalam kalangan pengusaha perabot, keropok amplang, kerepek dan bebola daging," katanya yang juga Anggota Parlimen Kalabakan kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Karnival Usahawan PMKS Sabah di sini hari ini

Andi Muhammad Suryady yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Tanjung Batu menggesa usahawan yang memenuhi kriteria serta berminat memohon bantuan itu supaya segera mendaftar menerusi portal SME DIDR.

Beliau juga berkata usahawan Sabah pada masa ini berada di landasan terbaik dan pelbagai usaha dilakukan bagi memperkasakan golongan itu dari semasa ke semasa termasuk mewujudkan Pusat Produk Industri Kecil dan Sederhana (IKS Mart) sebagai lokasi pemasaran produk.

Andi Muhammad Suryady berkata IKS Mart Parlimen Kalabakan juga akan diwujudkan pada tahun ini dan pusat itu akan menjadi platform untuk usahawan PMKS mempromosi produk dengan lebih berkesan sekali gus meningkatkan pendapatan. 

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan