BERITA TERGEMPAR   Two policemen killed, one injured in shooting at Ulu Tiram Police Station, Johor Bahru early this morning - Johor Police Chief | Dua anggota polis maut dan seorang cedera ditembak dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru awal pagi tadi - KP Johor | 
 JENAYAH & MAHKAMAH

KANAK-KANAK AUTISTIK LEMAS DI SUNGAI SKUDAI

02/05/2024 11:39 AM

JOHOR BAHRU, 2 Mei (Bernama) -- Seorang kanak-kanak lelaki autistik berusia lima tahun ditemukan lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Skudai di Jalan Kampung Sepakat Baru, di sini, malam tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Skudai Penolong Kanan Penguasa Bomba Saifulbahri Safar berkata mangsa ditemukan pada jarak 130 meter daripada lokasi kejadian pada 11.15 malam.

Beliau berkata tujuh anggota termasuk Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan dua jentera dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada 5.59 petang.

“Pasukan keluaran operasi melakukan pencarian di permukaan air di sepanjang tebing sungai, kira-kira 800 meter dari kawasan kejadian mangsa dilaporkan terjatuh.

“Anggota PPDA membuat selaman dan menemukan mangsa 130 meter dari lokasi kejadian dengan kedalaman air empat meter,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan