BERITA TERGEMPAR   Two policemen killed, one injured in shooting at Ulu Tiram Police Station, Johor Bahru early this morning - Johor Police Chief | Dua anggota polis maut dan seorang cedera ditembak dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru awal pagi tadi - KP Johor | 
 AM

AITX 2024 TAWAR PELBAGAI PAKEJ PELANCONGAN MENARIK BERMULA RM99

02/05/2024 12:34 PM

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Ekspo Pelancongan Interaktif Asia (AITX) 2024 yang diadakan di Pusat Konvensyen Setia City dari 7 hingga 9 Jun bakal menawarkan pakej pelancongan menarik yang menumpukan pelbagai destinasi di Asia.

Penganjur AITX Lynnette Seet berkata ekspo itu yang pertama seumpamanya di Malaysia memberikan peluang kepada pengunjung merasai pengalaman yang sukar dilupakan melalui dimensi baharu penjelajahan dan pengembaraan. 

“Kami mahu menjadikan ia bukan sekadar urus niaga malah lebih daripada itu iaitu penglibatan, perhubungan dan lebih banyak keseronokan…keutamaan matlamat kami ialah negara-negara di Asia seperti di Asia Tengah, Asia Timur dan Asia Barat. 

“Melalui pakej pelancongan yang menawan anda boleh bayangkan diri anda menikmati dan menyaksikan bunga sakura berguguran di Jepun, menaiki belon udara panas di Turki, itu hanya sebahagian daripada beberapa contoh dan sudah pasti kami ingin mempamerkan sesuatu yang menarik,” katanya pada sidang media di sini pada Selasa.

Beliau berkata pelawat juga berpeluang merasai pengalaman 'Live Travel Bidding' untuk percutian impian mereka pada harga bermula RM99 dan menyaksikan jualan dalam talian secara langsung di ekspo berkenaan. 

“Bukan itu sahaja, pegunjung juga boleh menyertai 'VR Travel Games' iaitu pengembaraan maya yang disediakan di dalam kawasan ekspo kami untuk memenangi hadiah melancong,” tambah beliau. 

Pelawat boleh mendaftar di www.asiaitx.com dan mendapatkan butiran lanjut mengenai AITX.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan