BERITA TERGEMPAR   Manufacturing sector increased by 1.9 per cent in 1Q 2024 after recording a contraction of 0.3 per cent in the previous quarter -- DOSM | Two policemen killed, one injured in shooting at Ulu Tiram Police Station, Johor Bahru early this morning - Johor Police Chief | Dua anggota polis maut dan seorang cedera ditembak dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru awal pagi tadi - KP Johor | 
 AM

MOSTI AKAN PASTIKAN PERALATAN, KELENGKAPAN HADAPI BENCANA KIMIA MENCUKUPI - CHANG

02/05/2024 03:54 PM

PETALING JAYA, 2 Mei (Bernama) -- Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) akan memastikan peralatan dan kelengkapan agensi dan jabatan berkaitan kimia di bawah kementerian itu mencukupi dalam menghadapi sebarang bencana melibatkan bahan kimia.

Menterinya Chang Lih Kang berkata berdasarkan pemerhatiannya, kemudahan dan peralatan agensi kimia di bawah kementeriannya umpama ‘petugas hadapan’ dalam menghadapi sebarang bencana melibatkan bahan berbahaya itu masih berkurangan.

"Saya rasa perhatian yang mencukupi perlu diberikan kepada peralatan atau kelengkapan agensi dan jabatan berkaitan kimia seperti Jabatan Kimia Malaysia sebab kelengkapan mereka serba kekurangan.

"Selain berperanan penting sebagai pengurus bencana, pihak berkenaan turut memberi perkhidmatan analisis bahan kimia atau ujian radiologi dan biologi yang sekali gus memberi impak langsung kepada aspek keselamatan dan kebaikan rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan makmal bergerak Jabatan Kimia Malaysia di sini, hari ini.

Sementara itu, Chang dalam ucapannya ketika merasmikan makmal bergerak tersebut berkata kemudahan itu bertujuan meningkatkan lagi keupayaan Pasukan Tindakan Chemical, Biological, Radiological, Nuclear and Explosives (CBRNe) dalam bertindak balas terhadap sebarang insiden bencana kimia.

Beliau berkata projek makmal bergerak yang merupakan inisiatif di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 dengan kos RM21.52 juta itu dilengkapi dengan peralatan saintifik berteknologi tinggi yang menjadi kebanggaan seluruh warga Jabatan Kimia Malaysia dan MOSTI.

Menurut Chang kerajaan menubuhkan CBRNe sebagai langkah proaktif susulan kejadian pencemaran sungai dan udara yang teruk di Sungai Kim-Kim dan Taman Mawar, Pasir Gudang (Johor) serta kematian misteri suku Batek di Kuala Koh, Gua Musang, Kelantan lima tahun lepas.    

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan