AM

PERDANA MENTERI TEGUR IMIGRESEN ISU KESESAKAN PELANCONG DI PINTU MASUK

02/05/2024 04:55 PM

PUTRAJAYA, 2 Mei (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegur Jabatan Imigresen berhubung isu kesesakan di pintu masuk negara khususnya di lapangan terbang.

Menyifatkan teguran itu ibarat ‘kasih kepada anak’ bagi menambah baik perkhidmatan agensi berkenaan dalam menangani isu kesesakan kemasukan pelancong asing ke Malaysia, Anwar berkata pelancong tidak akan menerima sebarang alasan susulan kelewatan yang mengakibatkan mereka menunggu lebih lama dan berharap perkara tersebut dapat ditangani dengan baik.

“Bukan apa, jumlah pelancong naik mendadak, Malaysia menjadi tarikan dan beberapa bulan awal (tahun ini), mencecah peningkatan 80 peratus dan tentunya menjadi tekanan kepada agensi.

"Kadang-kadang kita tegur macam kasih kepada anak, jadi jangan ambil hati, dalam semangat hari raya ini, maaf zahir dan batin, saya harap Imigresen maafkan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyerahan dokumen terima rujukan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (MCBA) dan sambutan Aidilfitri di Kompleks Kementerian Dalam Negeri di sini.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan