BERITA TERGEMPAR   Two policemen killed, one injured in shooting at Ulu Tiram Police Station, Johor Bahru early this morning - Johor Police Chief | Dua anggota polis maut dan seorang cedera ditembak dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru awal pagi tadi - KP Johor | 
 AM

PERAK SEDIA KAJI KENAIKAN GAJI PENJAWAT AWAM NEGERI - MB

02/05/2024 08:12 PM

IPOH, 2 Mei (Bernama) -- Kerajaan Perak sedia mengkaji kenaikan gaji penjawat awam negeri itu susulan pengumuman oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam.

"Lazimnya kita akan ikut (sebarang keputusan Kerajaan Persekutuan), ikut kemampuan kewangan kita dan patuh pada pekeliling (Jabatan Perkhidmatan Awam)," katanya selepas majlis penyerahan Dana Kreatif Perak@PORT atau DKP di pejabatnya, di sini hari ini. 

Saarani berkata kajian tersebut akan dilaksana apabila kerajaan negeri menerima pekeliling mengenai keputusan tersebut daripada JPA kelak. 

"Terpulang pada JPA, cepat kita dapat (terima), cepat kita kaji (kenaikan gaji)" katanya sambil menambah kini terdapat kira-kira 9,000 penjawat awam negeri.

Semalam semasa sambutan Hari Pekerja, Perdana Menteri mengumumkan kenaikan lebih 13 peratus gaji penjawat awam, antara tertinggi dan terbaik dalam sejarah.

Anwar berkata kenaikan tersebut yang akan bermula Disember tahun ini melibatkan peruntukan lebih RM10 bilion.

-- BERNAMA 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan