BERITA TERGEMPAR   Two policemen killed, one injured in shooting at Ulu Tiram Police Station, Johor Bahru early this morning - Johor Police Chief | Dua anggota polis maut dan seorang cedera ditembak dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru awal pagi tadi - KP Johor | 
 AM

ANWAR HARAP TERMINAL BAHARU LTSIP JANA LEBIH BANYAK PELUANG EKONOMI DI KELANTAN

02/05/2024 08:09 PM

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap terminal baharu Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) fasa satu, yang mula beroperasi semalam, mampu menjana lebih banyak peluang ekonomi di Kelantan.

Menerusi perkongsian di laman Facebook, Perdana Menteri berkata infrastruktur itu juga diharap mampu menerokai kemajuan dan pembangunan agar terus dirasai di negeri berkenaan. 

“Saya difahamkan, infra baharu tersebut dijangka bakal menerima penerbangan antarabangsa pada hujung tahun ini menerusi pelbagai perancangan menarik yang telah disusun pihak terkait,” kata beliau. 

Terdahulu, ketibaan Anwar pada 3.20 petang di LTSIP hari ini disambut oleh Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud sebelum beliau meluangkan masa hampir 30 minit beramah mesra dengan orang awam dan meninjau kemudahan baharu di LTSIP.

Pengoperasian fasa satu terminal itu mampu menampung 1.5 juta penumpang manakala pembinaan fasa dua akan dilaksanakan serta-merta dan dijangka dapat menampung empat juta penumpang.

Terminal baharu itu memiliki lebih 20 kaunter penerbangan, parkir kenderaan bertingkat, laluan khas untuk pemandu teksi, balai bomba dan penyelamat terminal, pertambahan ruang tempat meletak kapal terbang serta sistem operasi tanpa tunai LTSIP untuk memudahkan penumpang.

Projek pembesaran dan naik taraf LTSIP membabitkan kos RM440 juta.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan