DUNIA

PAMERAN AGING ASIA INNOVATION KETENGAHKAN LEBIH 100 PRODUK UNTUK POPULASI MENUA

03/05/2024 01:26 PM

SINGAPURA, 2 Mei  (Bernama) -- Lebih 100 produk keluaran termaju yang direka bentuk bagi memenuhi keperluan yang berkembang untuk populasi menua akan dipamerkan di Pameran Aging Asia Innovation selama dua hari mulai 8 Mei ini di Pusat Konvensyen dan Ekspo  Marina Bay Sands di sini.    

Ia dianjurkan sebagai sebahagian daripada Festival Meningkat Tua Dunia 2024. 

Produk-produk pameran adalah daripada kategori seperti “Assistive Living”, Penjagaan Rumah dan Komuniti, “Active Ageing”, Teknologi, Pemulihan dan Kesejahteraan.

Pengasas dan Pengarah Urusan Ageing Asia Pte Ltd Janice Chia berkata pasukan penganjur teruja untuk mengetengahkan penyelesaian dan trend terkini yang akan mencungkil potensi pasaran ekonomi berkaitan golongan tua di Asia Pasifik bernilai US$4.56 trilion, menerusi pameran itu.

“Dalam usaha kami menghasilkan inovasi dalam bidang menua, pasukan kami telah mengembara merentas dunia dalam beberapa tahun sebelum  ini untuk mendapatkan pandangan daripada syarikat dan negara  terkemuka dunia, “ kata beliau dalam satu kenyataan pada Khamis.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan