AM

FESTIVAL HARI MUZIUM ANTARABANGSA 2024 DI PULAU PINANG DIJANGKA TERIMA 200,000 PENGUNJUNG

06/05/2024 02:29 PM

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Festival Hari Muzium Antarabangsa 2024 yang akan berlangsung di Dewan Sri Pinang, Padang Kota, Pulau Pinang dari 13 hingga 22 Mei ini dijangka menarik kunjungan 200,000 pelawat secara fizikal dan juga dalam talian.

Pengarah Muzium Tekstil Negara yang juga Setiausaha Jawatankuasa Induk Festival Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2024 Tengku Intan Rahimah Tengku Mat Saman berkata pelbagai pengisian telah diatur yang menyediakan kelainan untuk memberi impak tinggi kepada pengunjung.

“(Sambutan) Di peringkat kebangsaan kali ini, Pulau Pinang menjadi tuan rumah… kita menerapkan penggiliran pameran, dan festival ini menyaksikan penyertaan 38 agensi, institusi dan muzium yang akan berkampung di Dewan Sri Pinang,” katanya ketika menjadi tetamu program Apa Khabar Malaysia terbitan Bernama TV.

Banyak program diatur sepanjang festival selama 12 hari itu, antaranya acara sukan di Padang Kota, sukan pantai di Batu Feringghi di samping pameran dan program-program yang dapat membantu pengunjung termasuk kanak-kanak dari segi pencambahan ilmu dan idea-idea baharu.

Makluman dan informasi lanjut berkenaan Festival Hari Muzium Antarabangsa 2024 boleh diperoleh dengan melayari Facebook dan Instagram rasmi Jabatan Muzium Malaysia.

Hari Muzium Antarabangsa disambut pada 18 Mei setiap tahun berdasarkan resolusi International Council of Museums (ICOM) sejak 1977.

– BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan