AM

TVET PERLU JADI PENCETUS PERUBAHAN KEPADA SISTEM PENDIDIKAN NEGARA - TPM

06/05/2024 11:52 PM

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau mahu melihat program Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sebagai pencetus perubahan kepada sistem pendidikan negara.

Menerusi catatan di laman Facebook, Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu berkata kursus TVET perlu dijadikan pilihan utama pelajar dan ibu bapa untuk pendidikan di peringkat tertiari.

Pada masa sama, beliau berkata pelajar aliran TVET juga mesti diterapkan dengan ilmu keusahawanan kerana terdapat dalam kalangan mereka yang mempunyai minat untuk menjadi teknousahawan. 

Ahmad Zahid, yang mempengerusikan mesyuarat bersama Naib Canselor Rangkaian Universiti Teknikal hari ini, berkata mesyuarat itu bagi membincangkan isu TVET dan turut menyentuh cadangan penambahbaikan ke arah memperkasakan graduan serta menjamin peluang kerjaya sewajarnya. 

“Saya percaya dengan adanya koordinasi oleh semua kementerian, segala permasalahan yang wujud pastinya dapat diselesaikan ke arah memartabatkan TVET sebagai pilihan utama kepada para pelajar,” katanya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan