AM

PELANTIKAN PENGERUSI SPA DIPUTUSKAN SELEPAS MESYUARAT MAJLIS RAJA-RAJA - MOHD ZUKI

08/05/2024 06:38 PM

PUTRAJAYA, 8 Mei (Bernama) -- Pelantikan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) akan dibuat selepas mesyuarat Majlis Raja-Raja.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali mengesahkan perkara itu kepada media selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka MADANI Aidilfitri Jabatan Perdana Menteri 2024 di sini hari ini.

“Ia akan dibawa ke mesyuarat Majlis Raja-Raja dan akan diputuskan kemudian,” katanya.

Jawatan itu kosong hampir 10 bulan selepas Tan Sri Zainal Rahim Seman, yang dilantik sebagai Pengerusi SPA ke-13 pada 25 Julai 2018, menamatkan perkhidmatan beliau pada 24 Julai 2023.

Ditanya mengenai kontrak Tan Sri Azam Baki sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang berakhir Ahad ini, Mohd Zuki berkata satu kenyataan akan dikeluarkan berhubung perkara itu. 

"Saya akan tanya Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim)," katanya.

Azam, 61, bersara wajib pada Mei tahun lepas dan dilantik semula secara kontrak bagi tempoh setahun.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan