AM

FAHMI UCAP TAKZIAH ATAS PEMERGIAN AKTIVIS TEATER, DR ROSMINAH TAHIR

19/05/2024 11:42 PM

KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil mengucapkan takziah kepada keluarga aktivis teater tanah air yang juga bekas Ketua Jabatan Teater, Akademi Seni Budaya dan Warisan Negara (ASWARA) Dr Rosminah Mohd Tahir, yang meninggal dunia hari ini.

Fahmi dalam satu hantaran ringkas di laman X berkata Rosminah, merupakan antara sumber inspirasi beliau ketika bergiat dalam bidang teater tidak lama dahulu.

“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan menempatkannya dalam kalangan orang-orang beriman dan beramal soleh. Takziah buat seluruh ahli keluarga,” katanya.

Terdahulu, berita pemergian Rosminah, 65, dikongsikan rakan penggiat seni, seniwati Fauziah Nawi dan pelakon veteran Zulkifli Ismail, masing-masing menerusi hantaran di Faceook, hari ini.

Allahyarham dilaporkan menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Keramat, di sini, petang tadi dan difahamkan jenazah akan dibawa pulang ke Muar, Johor malam ini untuk dikebumikan pagi esok.

Selain berkhidmat sebagai tenaga pengajar di ASWARA, Allahyarham juga pernah mengarah beberapa pementasan teater berskala mega, seperti Di Bawah Lindungan Kaabah; Muzikal Tun Mahathir; Muzikal Lantai T Pinkie; Muzikal Ibu Zain; Nyonya; Li Po; Mak Dara Nyonya dan Anugerah.

-- BERNAMA

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan