DUNIA

Srettha, Anwar Bertemu Di Tokyo Bincang Kerjasama Pelbagai Bidang

24/05/2024 11:10 AM

BANGKOK, 24 Mei -- Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin dan rakan sejawatannya dari Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan di Jepun pada Khamis, bagi membincangkan peluang kerjasama dalam pelbagai bidang.

Pada Jumaat, Srettha mengumumkan di akaun rasmi X bahawa beliau dan Anwar telah mengadakan perbincangan yang membuahkan hasil, berdasarkan pertemuan mereka sebelum ini di Melbourne, Australia awal tahun ini.

Srettha mendedahkan antara perkembangan yang dibincangkan dalam pertemuan itu termasuk pembangunan infrastruktur kastam dan jambatan untuk menggalakkan kesalinghubungan antara Thailand dan Malaysia, membangunkan zon ekonomi khas bersama terutama mengenai industri halal, mempromosikan pelancongan bersama melalui inisiatif “Enam Negara, Satu Destinasi” dan memperluas peluang bagi industri teras kedua-dua negara.

"Momentum ini ada di sini dan kami sedang mengembangkan peluang untuk industri utama kami bersama-sama," katanya.

Kedua-dua Perdana Menteri berada di Tokyo, Jepun untuk menghadiri Persidangan Antarabangsa ke-29 mengenai Masa Depan Asia (Persidangan Nikkei).

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan