AM

FAHMI MENGHADAP SULTAN KEDAH, PERSEMBAH WARKAH PERSILAAN KE ISTIADAT PERTABALAN AGONG

04/06/2024 09:23 PM

KUALA LUMPUR, 4 Jun (Bernama) -- Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil hari ini menghadap Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah bagi mempersembahkan Warkah Persilaan ke Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 Sultan Ibrahim.

Menerusi hantaran di laman Facebook, Fahmi yang juga Menteri Pengerusi Jawatankuasa Khas Acara-Acara Sempena Istiadat Pertabalan Agong berkata istiadat itu akan berlangsung di Istana Negara pada 20 Julai ini.

“Menjunjung Kasih Tuanku!” kata beliau yang turut berkongsi empat keping gambar di media sosialnya. 

Sultan Ibrahim telah melafaz dan menandatangani Surat Sumpah Jawatan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 31 Jan lepas. 

Pada 16 Mei lepas, Fahmi berkata kerajaan dengan titah perkenan Yang di-Pertuan Agong akan melaksanakan pelbagai acara sempena istiadat penuh simbolik itu yang berlangsung lima tahun sekali.

Antaranya Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat di Masjid Negara, Lawatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong ke Hospital Orang Asli Gombak dan Pameran Raja Kita di Muzium Negara. 

-- BERNAMA


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan