AM

KPWKM BAKAL TUBUH JAWATANKUASA PELAN TINDAKAN PASCA CEDAW TAHUN INI

04/06/2024 11:19 PM

KUALA LUMPUR, 4 Jun (Bernama) -- Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan menubuhkan Jawatankuasa Pelan Tindakan Pasca Konvensyen Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (Cedaw) pada tahun ini.

Menteri berkenaan Datuk Seri Nancy Shukri berkata ia bertujuan merekodkan situasi sebenar wanita di dalam negara dan dasar yang dikemas kini bagi mempersiapkan delegasi Malaysia ke Cedaw pada masa akan datang. 

“Selepas Cedaw, kita ada pemerhatian rumusan jadi kita dapat melihat apa yang perlu ditangani, kita perlu aturkan strategi, jadi dengan adanya Pelan Tindakan Pasca Cedaw ini, ia akan memberi kemudahan untuk kita merekodkan maklumat dari semasa ke semasa,” katanya selepas menjadi tetamu program Ruang Bicara terbitan Bernama TV malam ini

Beliau berkata jawatankuasa itu akan dibarisi wakil 12 kementerian yang berkaitan dan dijangka mengadakan mesyuarat sebanyak dua kali dalam setahun. 

Pada 18 Mei lepas,  Nancy mengetuai delegasi Malaysia menghadiri sesi dialog pembentangan laporan berkala Cedaw keenam dari 18 hingga 26 Mei di Geneva, Switzerland.

Tujuan utama Cedaw ialah menghapuskan segala bentuk diskriminasi terhadap wanita dalam bidang politik, ekonomi, sosial serta budaya dan penerimaan Malaysia terhadap konvensyen itu adalah dengan pemahaman bahawa peruntukannya tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang syariah.

-- BERNAMA 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan