AM

PROJEK PEMULIHARAAN MUARA SUNGAI SETIU SIAP 58 PERATUS

06/06/2024 03:29 PM

Beliau berkata setakat ini kerja-kerja di semua bahagian atau komponen berjalan mengikut jadual dan dijangka siap pada 2026.

"Dua komponen besar (projek) ialah benteng pemecah ombak Selatan yang melibatkan kawasan sepanjang 580 meter (m) dan Utara, 621m. Selain itu ada juga pembinaan laluan masuk pelayaran antara 80 ke 100m.

"Perkembangan projek memberangsangkan. Adalah  kelewatan satu atau dua peratus disebabkan sedikit masalah, tetapi masih berjalan mengikut jadual," katanya ketika mengadakan lawatan Projek Pemuliharaan Muara Sungai Setiu dan Majlis Sambutan Pencapaian 500,000 Jam Masa Bekerja Tanpa Kemalangan di Kampung Mangkuk, di sini hari ini.  

Turut hadir Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (JKKP) negeri Terengganu Ir Noorazman Soud.

Hanizan berkata selain pemuliharaan muara Sungai Setiu, terdapat beberapa lagi projek sama yang sedang berjalan di beberapa daerah di negeri ini.

Ia termasuk projek Pemuliharaan Muara Sungai Besut yang bernilai RM168.86 juta; projek Pemuliharaan Muara Sungai Dungun (RM242.97 juta); projek Pemuliharaan Muara Sungai Mercang (RM30.53 juta) dan projek Pemuliharaan Muara Sungai Ibai (RM24 juta).

Di samping itu terdapat juga satu projek kawalan hakisan pantai di Kuala Nerus yang melibatkan pembinaan benteng pemecah ombak sepanjang lapan kilometer bernilai RM69.9 juta.

"Kuala Nerus ini memang dikenal pasti sebagai kawasan yang mengalami masalah hakisan kritikal iaitu antara empat sehingga 10 m setahun.

"Insya-Allah kalau ikut reka bentuk dan projek berjalan seperti dirancang, pantai Kuala Nerus boleh terselamat sedikit daripada hakisan selepas ini," katanya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan