KUCHING, 11 Jun (Bernama) -- Tiga daripada 25 sekolah yang dirancang dibina di Sarawak dijangka dapat disiapkan pada tahun ini.
Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan berkata ia melibatkan Sekolah Kebangsaan (SK) Jalan Haji Baki dan SK Padawan di sini serta Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Sadong di Simunjan.
“Ada (projek) pembinaan sekolah baharu dan ada yang dinaik taraf. Kementerian Kerja Raya (KKR) sebagai kementerian pelaksana sementara Kementerian Pendidikan sebagai kementerian pengguna,” katanya kepada pemberita selepas meninjau projek pembinaan bangunan SK Jalan Haji Baki di sini.
Menurutnya SK Jalan Haji Baki sebelum ini disenaraikan sebagai sekolah daif dengan bangunan asalnya berstruktur kayu.
Ia mula dibina semula pada 14 April 2022 dan dijangka siap sepenuhnya pada Julai ini dengan kos bernilai RM18.18 juta.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial