AM

TPM ZIARAH WAN ROSDY DI IJN

11/06/2024 07:22 PM

KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri (TPM) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menziarahi Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) petang ini.

Menerusi catatan di Facebook hari ini, Ahmad Zahid berkata keadaan Wan Rosdy semakin pulih selepas menjalani pembedahan.

"Alhamdulillah, prosedur pembedahan beliau telah berjalan dengan baik dan keadaan kesihatan beliau, saya lihat semakin pulih," katanya.

Ahmad Zahid turut memohon semua, khususnya rakyat Negeri Pahang untuk bersama-sama mendoakan agar beliau dikurniakan kesembuhan dan keafiatan serta kembali pulih seperti sediakala.

Wan Rosdy selesai menjalani prosedur pembedahan di IJN pada Jumaat lalu.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan