AM

RAJA MUDA SELANGOR KURNIA PINGAT KEPADA 165 PENERIMA DAERAH PETALING DAN KLANG

12/06/2024 06:24 PM

SHAH ALAM, 12 Jun (Bernama) -- Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan mengurniakan Pingat Negeri Selangor Darul Ehsan kepada 165 penerima bagi daerah Petaling dan Klang. 

Pengurniaan adalah bersempena ulang tahun ke-78 Hari Keputeraan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah. 

Mengiringi Tengku Amir Shah pada istiadat di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Datuk Haris Kasim serta barisan exco kerajaan negeri. 

Pada majlis itu Pengerusi Persatuan Pengadil Selangor Mohd Zubir Muhamad Shari dianugerahkan Pingat Kecemerlangan Sukan Selangor (P.K.S) yang dikurniakan kepada pegawai atau ahli sukan negeri termasuk sukan paralimpik, yang telah menunjukkan pencapaian cemerlang dan penglibatan sekurang-kurangnya tiga tahun serta memenangi pingat dalam kejohanan di peringkat negeri atau kebangsaan. 

Seramai 13 individu menerima Pingat Pekerti Terpilih (P.P.T) kerana telah melakukan sesuatu perbuatan terbilang dan terpilih pekertinya di Selangor.

Selain itu, seramai 40 individu menerima Pingat Perkhidmatan Cemerlang Selangor (PPC) bagi menghargai jasa mereka yang telah berkhidmat sebagai kakitangan kerajaan Selangor sekurang-kurangnya untuk tempoh tujuh tahun.

Sementara itu, bagi Pingat Jasa Kebaktian (PJK) pula, seramai 101 individu yang berjasa kepada negeri Selangor dianugerahkan pingat berkenaan manakala 10 lagi menerima Pingat Perkhidmatan Selangor (PPS) kerana telah berkhidmat sebagai kakitangan kerajaan negeri lebih 20 tahun.

-- BERNAMA 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan