EKONOMI

SATU LAGI PELABUHAN LAUT DALAM DIRANCANG DI MIRI - UGGAH

18/06/2024 07:31 PM

KUCHING, 18 Jun (Bernama) -- Pelabuhan Miri akan menjadi sebuah lagi pelabuhan laut dalam di negeri ini yang mampu mengendalikan semua jenis kargo dan kapal persiaran, menurut Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas. 

Uggah yang juga Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak berkata pembangunan pelabuhan di Kuala Baram itu akan mewujudkan pelbagai rangsangan kepada aktiviti ekonomi lain seperti pembinaan kapal, pembaikan dan pangkalan bekalan.

“Pelabuhan Miri mampu menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negeri selain menawarkan pelbagai faedah ekonomi kepada sektor logistik dan pengedaran,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penandatanganan kontrak antara Lembaga Pelabuhan Miri dan Rimbun Prima Sdn Bhd bagi projek mendalamkan laluan masuk dan pembinaan ban di pelabuhan berkenaan hari ini.

Uggah berkata pembinaan ban bagi mendalamkan air hingga lebih 25 meter itu dijangka siap pada Mac 2027 sekali gus membolehkan Kuala Baram menjadi lokasi strategik dan sesuai untuk pembangunan pelabuhan laut dalam.

Beliau berkata Rimbun Prima telah membawa syarikat China Communications Construction Company (M) Sdn Bhd yang berpengalaman membangunkan projek serupa di Shanghai, China, ke dalam usaha sama bagi pembinaan ban itu.

“Kerajaan Sarawak dan rakyat berharap agar anda (kontraktor) dapat melaksanakan dan menyiapkan projek itu mengikut jadual ditetapkan,” katanya. 

-- BERNAMA

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan