AM

META, MCMC JALIN KERJASAMA LAKSANA KEMPEN KESEDARAN AMALAN KESELAMATAN DALAM TALIAN

12/06/2024 11:54 PM

KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- Meta bersetuju menjalin kerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) serta pemegang taruh lain bagi melaksanakan kempen kesedaran nasional mengenai amalan keselamatan dalam talian.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata kerjasama itu termasuk Kempen Keselamatan Dalam Talian untuk Kanak-Kanak dan Keluarga yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

“Susulan komitmen yang dinyatakan oleh Meta pada mesyuarat bertarikh 8 April 2024, saya telah diberikan taklimat semalam mengenai usaha dan penambahbaikan untuk memperkukuh keselamatan dalam talian bagi pengguna di Malaysia.

“Aspek-Aspek ini merangkumi pengesahan umur untuk kanak-kanak bawah 13 tahun serta pemantauan kandungan berbahaya seperti judi dalam talian, penipuan, berita palsu dan isu 3R (kaum, agama dan institusi diraja),” katanya menerusi hantaran di laman Facebook hari ini.

Fahmi berkata usaha Meta untuk mengurangkan kandungan berbahaya dan melindungi keselamatan pengguna dalam talian adalah menggalakkan justeru beliau berharap komitmen ini akan diteruskan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan