AM

RAJA PERMAISURI AGONG SAMPAI SUMBANGAN AIDILADHA KEPADA 500 MISKIN BANDAR

13/06/2024 06:08 PM

KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) -- Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah hari ini berkenan menyampaikan sumbangan kotak makanan dan wang tunai kepada 500 penerima miskin bandar pada Majlis Pengurniaan Sumbangan Sempena Aidiladha komuniti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di sini.

Jabatan Perdana Menteri dalan satu kenyataan memaklumkan kesemua penerima merupakan isi rumah di 11 kawasan Parlimen Wilayah Persekutuan dengan pendapatan garis kemiskinan (PGK) bandar kurang daripada RM2,589 sebulan.

“Sumbangan kotak makanan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah mengandungi barangan keperluan asas harian seperti beras, minyak, gula, tepung, susu, minyak, bihun, mi segera, biskut, kordial dan sebagainya bagi meringankan beban golongan yang memerlukan terutama dalam persiapan menyambut Aidiladha pada 17 Jun nanti,” menurut kenyataan itu.

Majlis anjuran bersama Persatuan Suri Dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) itu turut dihadiri Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam merangkap ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad, Penaung PUSPANITA Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Yang Dipertua PUSPANITA Puan Sri Norizam Che Mohd Nor.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa turut menjunjung kasih atas perkenan Raja Permaisuri Agong menyampaikan sumbangan barang keperluan dan wang tunai kepada penduduk Kuala Lumpur yang memerlukan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan