AM

RAJA PERMAISURI AGONG KURNIA JUADAH AIDILADHA KEPADA SISWAZAH UTM JOHOR BAHRU

17/06/2024 05:16 PM

KUALA LUMPUR, 17 Jun (Bernama) -- Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah hari ini berkenan mengurniakan juadah Aidiladha kepada siswazah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kampus Johor Bahru.

Menurut hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, juadah untuk 900 siswazah antarabangsa itu diserahkan oleh Naib Canselor UTM Profesor Datuk Dr Ahmad Fauzi Ismail.

Kurniaan itu disampaikan selepas solat sunat Aidiladha di Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim melalui Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor (YRZSNJ).

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif YRZSNJ Hishamuddin Abdul Rahim.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan