AM

AGONG BERKENAN MASYHUR MASJID SULTAN IBRAHIM

14/06/2024 03:22 PM

ALOR GAJAH, 14 Jun (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan berangkat ke Majlis Pemasyhuran Masjid Sultan Ibrahim di Kampung Ayer Hitam Pantai, Tanjung Bidara di sini.

Ketibaan Seri Paduka Baginda disambut dan diiringi kenamaan utama negeri, diketuai Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Dr Mohd Ali Rustam dan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Pada majlis itu,  Yang di-Pertuan Agong berkenan menandatangani plak perasmian pemasyhuran Masjid Sultan Ibrahim di pekarangan masjid berkenaan.

Sultan Ibrahim juga berkenan mengurniakan cek bakul makanan Yayasan Sultan Ibrahim Johor kepada Ab Rauf disusuli bacaan doa oleh Mufti Melaka Datuk Abdul Halim Tawil.

Seri Paduka Baginda turut berkenan menerima mengadap Ahli-ahli Majlis Agama Islam Melaka (MAIM).

Yang di-Pertuan Agong kemudiannya menunaikan solat Jumaat bersama kira-kira 1,000 jemaah di masjid berkenaan yang diimamkan oleh Mufti Melaka Datuk Abdul Halim Tawil.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan