AM

MB PAHANG DIBENAR KELUAR IJN

14/06/2024 07:16 PM

KUANTAN, 14 Jun (Bernama) -- Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dibenarkan pulang ke rumah hari ini selepas menjalani prosedur pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN) sejak 7 Jun lepas. 

Wan Rosdy yang berkongsi perkembangan terbaharu itu dalam hantaran menerusi Facebook berkata beliau buat masa ini dinasihati doktor supaya banyak berehat dan perlu menjalani rawatan susulan. 

“Terima kasih kepada pasukan perubatan yang telah merawat saya selama lapan hari saya berada di IJN. Terima kasih juga kepada semua pihak yang telah mendoakan kesihatan serta memberi sokongan kepada saya.

“Insya-Allah, selepas pulih saya akan kembali bertugas seperti biasa. Semoga Allah SWT memberi rahmat dan kesejahteraan kepada kita semua,” katanya.

-- BERNAMA

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan