JENAYAH & MAHKAMAH

WARGA INDONESIA MAUT DALAM PERGADUHAN DI KOTA KINABALU

16/06/2024 07:55 PM

KOTA KINABALU, 16 Jun (Bernama) -- Seorang warga Indonesia maut manakala rakan senegaranya  cedera parah dalam satu pergaduhan dipercayai akibat perselisihan faham di sebuah pusat hiburan di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Kasim Muda berkata kedua-dua lelaki berusia lingkungan 20-an itu dibawa ke Hospital Queen Elizabeth di sini untuk rawatan sebelum seorang daripada mereka disahkan meninggal dunia di hospital berkenaan.

Beliau berkata sisatan awal mendapati dua rakan itu merupakan awak-awak sebuah bot nelayan serta mereka ke pusat itu untuk berhibur sebelum pergaduhan berlaku dan mangsa dipercayai ditikam dengan objek tajam.

“Pihak polis mendapat laporan mengenai kejadian itu pada 2 pagi tadi sebelum bergegas ke tempat kejadian. Polis sedang mengesan suspek yang terlibat dalam kejadian berkenaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan