DUNIA

EURO 2024: UEFA BUKA KERTAS SIASATAN TERHADAP ALBANIA SUSULAN TINGKAH LAKU PENYOKONG SEMASA PERLAWANAN

17/06/2024 01:02 PM

MOSCOW, 17 Jun (Bernama-Sputnik) -- Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) telah membuka kertas siasatan terhadap Persekutuan Bola Sepak Albania berhubung tingkah laku penyokongnya semasa perlawanan Euro 2024 menentang Itali, lapor Sputnik.

Pada Sabtu, pasukan bola sepak kebangsaan Albania tewas 2-1 kepada Itali selepas jaringan gol terpantas dalam sejarah EURO.

UEFA pada Ahad memaklumkan bahawa penyokong Albania bertindak membaling objek, membakar bunga api, menceroboh padang dan membuat mesej provokatif ketika perlawanan itu.

Euro 2024 berlangsung di Jerman dari 14 Jun hingga 14 Julai.

-- BERNAMA-SPUTNIK

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan