DUNIA

PEGAWAI PBB KATA ISRAEL JADIKAN GAZA "NERAKA DI DUNIA"

17/06/2024 07:21 PM

NEW YORK, 17 Jun (Bernama-WAFA) -- Ketua Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Martin Griffiths, berkata bahawa pengeboman Israel di Gaza sejak 7 Oktober 2023 telah menjadikan sektor  yang dikepung itu sebagai neraka di dunia.

Griffiths berkata dalam satu kenyataan pada Isnin bahawa penyaluran bantuan kemanusiaan kepada penduduk Semenanjung Gaza yang berada di ambang kebuluran adalah hampir mustahil, lapor Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA).

Beliau menyatakan infrastruktur di Semenanjung Gaza telah mengalami kerosakan yang teruk dan terdapat pempolitikan bantuan di tengah-tengah penularan kelaparan dan penyakit dalam kalangan orang awam.

Beliau juga menegaskan bahawa petugas kemanusiaan dan PBB di Gaza telah terbunuh dalam jumlah yang tidak munasabah.

Ketua Hal Ehwal Kemanusiaan PBB itu berkata senjata terus memasuki Israel dari Amerika Syarikat dan negara-negara lain walaupun terdapat kesan dahsyat serangan terhadap orang awam di Gaza.

-- BERNAMA-WAFA

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan