AM

REALISASIKAN MAJLIS PERKAHWINAN IMPIAN ANDA DI MANDARIN ORIENTAL, KUALA LUMPUR

20/06/2024 12:09 PM

KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- Mandarin Oriental, Kuala Lumpur menawarkan bakal raja sehari tempat dan kemudahan yang lengkap untuk menjadikan majlis perkahwinan impian mereka suatu kenyataan melangkaui jangkaan.

'Weddings and Honeymoons' oleh Mandarin Oriental merupakan program yang direka dan disesuaikan bagi memenuhi keperluan setiap pasangan pengantin dalam persiapan hari bersejarah mereka.

 Menawarkan variasi pakej majlis perkahwinan, hotel tersebut menyediakan pakar perkahwinan bagi menguruskan kesemua perkara bermula daripada perancangan awal sehinggalah kepada perarakan pengantin, perkhidmatan efisien dan hidangan lazat lagi hebat.

Mandarin Oriental, Kuala Lumpur dalam kenyataan berkata Grand Ballroom tanpa tiang mereka yang luas, perkhidmatan termasuk katering yang cemerlang menjadikan hotel itu lokasi yang sempurna untuk majlis persandingan yang akan terus dikenang.

"Serba anggun, Grand Ballroom yang merupakan dewan tanpa tiang terbesar di pusat bandar, boleh memuatkan sehingga 1,800 tetamu pada satu-satu masa untuk penganjuran jamuan, berserta kawasan luas di luar dewan yang menyajikan pemandangan indah Taman KLCC. 

"Sama ada majlis perkahwinan besar-besaran atau secara kecilan bersama ahli keluarga dan sahabat handai, Mandarin Oriental Kuala Lumpur memastikan hari istimewa anda berjalan lancar, penuh glamor dan istimewa," menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu menyebut tenaga kerja di Mandarin Oriental, Kuala Lumpur termasuk pakar perkahwinan dan penganjur acara berpengalaman bekerjasama erat dengan bakal pengantin untuk merancang suatu majlis yang menggambarkan gaya dan keperluan tersendiri pasangan, dengan memberikan perhatian kepada setiap perincian. 

Pelbagai sajian disediakan termasuk makanan Cina, India, Melayu atau ala Barat, disediakan oleh barisan 'masterchef' yang telah diperakui dan meraih anugerah.

"Terdapat pilihan yang luas dan pakej khas disediakan untuk memenuhi keperluan majlis perkahwinan sama ada bercirikan Cina, Melayu atau Barat. Pasangan yang menempah minimum 25 meja akan menerima sesi merasa makanan percuma menu pilihan mereka untuk 10 tetamu sebelum hari bersejarah itu.

"Pasangan yang mengadakan majlis perkahwinan di hotel ini akan menerima malam bulan madu percuma berserta 'hadiah' istimewa di Hotel Mandarin Oriental yang lain," katanya.

Sementara itu, hotel berkenaan baru-baru ini mengadakan pertunjukan fesyen bertajuk 'Timeless Love' menampilkan rekaan kreatif Wei Li, pengasas dan pereka 23 Wedding Luxe, mengetengahkan lima siri unik gaun pengantin, setiap satunya berciri ringkas dan moden. 

Kemuncak acara ialah pengiktirafan kepada pencapaian luar biasa Wei Li, tercatat dalam Malaysian Book of Records untuk koleksi gaun Sangjit terbanyak (The Most Sangjit Gown Collections) iaitu sebanyak 57 gaun.

"Tema kategori bagi rekaan gaun tersebut ialah Sangjit, Satin, Renda, Pakaian Parti dan Pakaian Ibu Mengandung. Setiap siri gaun digandingkan dengan set hidangan Mandarin Oriental, termasuk tart ketam cili, ikan gindara masak soya, hirisan kambing bakar dan pelbagai pencuci mulut berasaskan strawberi," menurut kenyataan itu. 

Realisasikan perkahwinan impian anda di Mandarin Oriental, Kuala Lumpur, dan hubungi Pakar Perkahwinan kami di +60(3)2380 8888 atau e-mel mokul-sales@mohg.com.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan