AM

NIKMATI MI UDANG HOKKIEN DAN 'ROSY NYOR FLOAT' DI SEPIRING HINGGA 15 SEPT INI

07/06/2024 02:41 PM

KUALA LUMPUR, 7 Jun (Bernama) -- Sepiring, restoran tempatan kegemaran ramai dan diperakui Halal yang terkenal dengan hidangan unik Malaysia, hari ini memperkenalkan menu terbaharu Mi Udang Hokkien dan pencuci mulut 'Rosy Nyor Float' yang boleh dinikmati sehingga 15 Sept ini.

Bersama dengan menu pilihan tempatan lain seperti Assam Laksa Pulau Pinang, Pasembur dan Rojak Pulau Pinang, Sepiring dalam kenyataan berkata hidangan baharu itu bakal 'membawa' rakyat Malaysia ke jalanan Pulau Mutiara itu.

Memandangkan Pulau Pinang terkenal dengan kelazatan makanan jalanannya yang diturunkan dari satu generasi ke satu generasi, Ketua Pegawai Eksekutif Sepiring Café Sdn Bhd, Wong Kah Yong berkata pihaknya akan memastikan pelanggan merasai pengalaman selain mengembalikan nostalgia di Pulau Pinang, tanpa mengkompromikan kualiti hidangan mereka.

"Di Sepiring, kami gembira memperkenalkan Mi Udang Hokkien dan 'Rosy Nyor Float' yang baharu, sekali gus meneruskan tradisi kami menggabungkan pelbagai rasa Malaysia untuk pengalaman yang indah dan menyelerakan. 

"Pasukan kami berusaha gigih untuk merangka resipi yang bukan sahaja memberi pengiktirafan kepada masakan tradisional Malaysia tetapi juga menawarkan sentuhan segar dan moden yang akan disukai pelanggan kami," menurut kenyataan itu.

Wong berkata matlamat di Sepiring adalah untuk mencipta pengalaman menjamu selera seperti di rumah iaitu suatu tempat di mana rakan dan keluarga dapat berkumpul bagi menikmati makanan lazat dan mencipta kenangan.

Bermaksud 'berkongsi pinggan yang sama', Sepiring menyatukan masyarakat menerusi menu yang dihasilkan dengan teliti, menampilkan keharmonian gabungan rasa dari seluruh pelosok negara.

Menurut kenyataan itu, Sepiring komited dalam memberikan standard kualiti tertinggi sambil mengutamakan nilai bagi memastikan pengalaman menjamu selera yang terbaik buat semua pelanggan mereka.

 Menjamu ribuan pelanggan di pelbagai lokasi di Malaysia, dengan lapan cawangan tertumpu di Lembah Klang, Sepiring sebelum ini telah memperkenalkan pelbagai masakan Malaysia dari beberapa wilayah yang mengetengahkan hidangan seperti Dulang Warisan Timur (memfokuskan pada masakan Kelantan), Dulang Warisan Selatan dan Dulang Omak Den (masing-masing Johor dan Negeri Sembilan).

Kepelbagaian menu Sepiring termasuk hidangan pilihan ramai seperti Nasi Pandan dengan Ayam Berempah, Laksa Kari, Nyonya Nasi Ulam dengan Ayam Percik dan banyak lagi, menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan