DUNIA

Rakyat Pelbagai Kaum Bersatu Padu Majukan Pembangunan Negara - Xi

21/06/2024 01:25 PM

YINCHUAN, 21 Jun (Bernama-CMG) -- Presiden China, Xi Jinping mengadakan tinjauan ke Wilayah Autonomi Hui Ningxia di barat laut China, pada Rabu.

Beliau terlebih dahulu melawat ke sebuah kawasan kediaman di Yinchuan, ibu kota wilayah Ningxia.

Beliau meluangkan masa berbual-bual dengan kakitangan pusat perkhidmatan dan penduduk tempatan untuk mengetahui perkhidmatan dan aktiviti kebudayaan penduduk di sana.

Xi menyatakan bahawa perkhidmatan yang ditawarkan oleh kawasan kediaman kepada penghuni adalah yang paling langsung. Oleh itu, kawasan kediaman harus merumuskan pengalaman dan meneroka cara kerja baharu demi memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada penduduk.

Beliau menekankan bahawa perpaduan antara pelbagai kaum amat penting.

"Rakyat dari 56 etnik di negara kita harus berpadu rapat umpama biji buah delima, membentuk komuniti bangsa China dan keluarga besar.

"Marilah kita berusaha bersama untuk memajukan pembangunan modenisasi dan merealisasikan kebangkitan gemilang nusa dan bangsa China," kata Xi.

-- BERNAMA-CMG


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan