AM

Malaysia Sambut Baik Keyakinan Pelabur Asing Terlibat Dalam Dasar Kerajaan - PM Anwar

21/06/2024 04:38 PM

KUALA LUMPUR, 21 Jun (Bernama) -- Malaysia menyambut baik minat dan keyakinan yang dipamerkan oleh pelabur luar untuk terlibat dalam pelaksanaan dasar-dasar yang telah diumumkan kerajaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam catatan di laman X, Anwar berkata ini mencerminkan asas yang kukuh dan keutamaan kerajaan MADANI dalam melaksanakan dasar yang memberi manfaat kepada orang ramai dan komuniti perniagaan.

Terdahulu, Anwar menerima kunjungan hormat daripada Pengerusi China Silk Road Group Dr Yan Lijin, disertai oleh Pengerusi China Tianying Inc (CNTY) Yan Shengjun dan Pengerusi Chengli Special Automobile Ltd (CLW) Cheng Aluo.

“Pertemuan kami hari ini membincangkan mengenai sokongan teknologi dan pengetahuan yang boleh dibawa oleh peneraju industri seperti CNTY dan CLW, terutamanya mengenai pelaksanaan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga (NETR),” kata Anwar.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan