DUNIA

XI BERI PENEKANAN PENTINGNYA PEMODENAN TEKNOLOGI, INOVASI

25/06/2024 01:39 PM

BEIJING, 25 Jun (Bernama-CMG) -- Presiden China Xi Jinping memberi penekanan kepada pentingnya pemodenan teknologi dan inovasi dalam mewujudkan modenisasi negara dan pembangunan berkualiti.

Beliau berkata modenisasi bercirikan China disokong oleh teknologi moden manakala pembangunan berkualiti dijana oleh momentum baharu yang lahir daripada inovasi.

"Hendaklah kita memahami peranan utama secara strategik serta sokongan asas yang dimainkan oleh sains dan teknologi.

"Usaha perlu diperkasa untuk mengukuhkan reka bentuk peringkat atas dan perancangan keseluruhan serta mempercepat kemandirian dan swadaya sains dan teknologi pada peringkat lebih tinggi," ujar Xi.

Beliau menambah semuanya adalah untuk merealisasikan matlamat strategik berhubung pembinaan sebuah negara yang kuat dalam bidang sains dan teknologi menjelang 2035.

Persidangan sains dan teknologi kebangsaan, persidangan anugerah sains dan teknologi negara serta perhimpunan ahli Akademi Sains China (CAS) dan Akademi Kejuruteraan China (CAE) diadakan di Beijing pada Isnin.

Presiden Xi menghadiri persidangan berkenaan dan menyampaikan hadiah kepada pemenang Anugerah Sains dan Teknologi Tertinggi Negara.

Seiring dengan berlakunya revolusi teknologi pusingan baharu serta perkembangan mendalam transformasi perindustrian, Xi mengatakan bahawa China perlu meningkatkan lagi usaha dalam inovasi teknologi dan merebut peluang pembangunan baharu pada masa hadapan.

-- BERNAMA-CMG


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan