DUNIA

NIAGA HADAPAN FBM KLCI DITUTUP TINGGI

26/06/2024 07:22 PM

KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Rabu.

Kontrak bulan semasa Jun 2024 meningkat 10.5 mata kepada 1,595.5, Julai 2024 naik 7.5 mata kepada 1,596.5, September 2024 menokok 7.0 mata kepada 1,583.5 dan Disember 2024 menambah 5.5 mata kepada 1,589.0.

Jumlah dagangan melonjak kepada 70,595 lot daripada 47,262 semalam, manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 118,826 kontrak daripada 92,891 kontrak.

Pada 5 petang, FBM KLCI meningkat 0.35 peratus atau 5.57 mata kepada 1,590.95 daripada 1,585.38 ketika ditutup pada Selasa.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan