AM

RTM DIMINTA BANTU ROCKY DIN RAKAM SEMULA LAGU 'MARILAH MENGUNDI' - FAHMI

27/06/2024 05:10 PM

KUALA LUMPUR, 27 Jun (Bernama) -- Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil meminta Radio Televisyen Malaysia (RTM) menghubungi penyanyi asal ‘Marilah Mengundi’, Rocky Din bagi membantu merealisasikan hasrat penyanyi era 60-an itu untuk merakamkan semula lagu tersebut.

Fahmi menerusi catatan di Facebook beliau berkata RTM mungkin boleh membantu merealisasikan hasrat Rocky Din atau nama sebenarnya Mohd Hashim Sharif  untuk merakam semula lagu berkenaan yang sering berkumandang ketika pilihan raya.

“Baru-baru ini semasa di Pulau Pinang, saya berkesempatan bertemu dengan penyanyi asalnya Rocky Din yang sekarang berusia 75 tahun.

'Marilah Mengundi' mula diputarkan pada 1978 dan sejak itu lagu tersebut terus didendangkan setiap kali menjelang Pilihan Raya Umum,” katanya hari ini. 

Antara bait-bait lirik lagu ikonik ‘Marilah Mengundi' adalah “Marilah mari... Pergi mengundi... Jangan lupa kewajipan pada negara".

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan